Assalamualaikum....
Maaf korang, lupa nak update tentang kem motivasi minggu lepas tu. Bz sket =)
Ok kita start. Kem tu start pukul 8.30 PM tapi daftar pukul 6.00 PM dengan ustazah Syamsiah. Aku pergi dengan Rusdi dan Amir. Tak naik pape pun, cuma jalan kaki je dari rumah aku ke sekolah. Mula2 diorang datang dulu kat umah aku then kitorang pegi la sekolah sama2. Aku pergi tak bawak byk barang pun, tak la mcm si Amir tu siap bawak nasi kerabu lagi mcm nak pergi b'kelah je. Aku cuma bawak baju melayu, ubat gigi dgn berus gigi je.
Setibanya aku dekat sekolah tu, aku terus mendapatkan ustazah yg b'ada di balai takwa sekolah tu. Aku pergi mendaftar nama sama la dgn si Rusdi dgn si Amir
tu. Lepas tu aku bercadang nak pergi ke kelas jap (bukan apa, nak lepak2 je). Setibanya aku kat kelas tu, aku terus on kipas tu then Amir ape lagi. Sibuk dgn projek makan nasi kerabu dia tu la. Nak tengok pic dia? Hah ni dia:

Rusdi pula duk main dgn kipas. Apa ke pelik dia tu. Kipas pun jadi mainan kalau putus jadi tu baru padan dgn muka dia. Nak tgk jugak? Hah ni pic dia:

Diorang ni memang takde keje lain nak buat. Heheh
Ok balik kepada kem tadi. Malam tu lepas maghrib dan lepas sembahyang maghrib berjemaah. Ustaz terus memulakan ceramahnya. Wah! Beremosi betul dia berceramah dengan semangatnya. Sampai pukul 9 malam. Lepas itu kami solat sunat then solat berjemaah lagi (isyak). Lepas siap tu kami dibenarkan keluar untuk makan, minum, kencing pape jelah. Aku pergi ke kantin then ambik makanan dgn air dengan beberapa lagi kwn aku iaitu Jebeng, Yo, Jam, Keri, Padil dan lain2. Lepas makan, kami disuruh oleh ustaz masuk lagi kedalam surau untuk mendengar ceramah tentang tips2 nak dapat straight A dalam peperiksaan. Penceramah itu pun memulakan ceramahnya. Tapi tak sangka pulak penceramah itu garang. Terkejut aku bila dia ketuk tempat letak mike tu sampai bergema satu surau.
Mungkin dia marah sebab budak2 tu buat dia macam tunggul kayu je kat depan. Biasa la budak2 kelas bawahan (hahahaha jgn marah ye kalau korang terbaca). Lepas habis ceramah dia dalam pukul 10 lebih tu. Kami digesa untuk tidur, tapi aku tak tidur pun. Tak ngantuk la lagi2 baru pukul 10 lebih. Aku dengan geng aku si Jebeng tu keluar jalan2 keliling sekolah mana tau kot2 jumpa hantu boleh tangkap buat gulai. Hahahaha gurau jer. Bukan tu je penyebab aku dgn geng aku tu takleh tidur. Diorang tu bising gila la dalam surau tu macam pesta je. Diorang duk main lampu la, duk conteng muka org tidur la.
Aku pun last2 geram ajak Jebeng tu keluar jalan2 sembang2 dekat kerusi berhampiran dengan blok makmal komputer. Kami sembang2 sedar tak sedar dah pukul 2 lebih. Aku pun ajak la dia blah takut2 cikgu datang jenguk kitorang dalam surau tu. Kami pun pergi balik dekat surau tu lah. Gelap gelita la pulak. Aku igtkan dah tidur budak2 tu semua tapi belum. Aku pun hairan knp diorang ni senyap je. Kot2 ada cikgu ke aku pun tak tahu sebab keadaan gelap sgt. Aku jalan pun pakai lampu HP aku je. Ok kite skip sampai pukul 3.30 AM. 3.30 pagi tu aku bangun, aku tgk Jebeng tu pun baru bangun masa tu keadaan gelap lagi. Aku dah takleh tidur dah then ajak Jebeng tu keluar. Dia pun follow je, kitorang pergi tandas, basuh muka then jalan2 lagi keliling sekolah sambil sembang2.
Bertembung la pula dengan cikgu yg meronda ronda. Nasib baik dia tak marah kami. Lepas pukul 3.49 tu (sebenarnya tunggu ustaz datang), kami terus rilek2 dekat kantin. Pukul 4 baru datang si ustaz ni bukan main lama tunggu. Katanya nak datang pukul 3.30 tapi pukul 4 baru datang. Sepanjang pukul 4 pagi sampai subuh kami beribadat letih juga la. Pagi tu, kami diajak oleh cikgu Suhaimi (kalau tak silap, lupa la) bersenam. Katanya senaman Taichi tah pape. Pelik cara senaman dia tapi takpe kami follow je. Dalam 30 minit tu kami dibenarkan pulang. Pukul 8 lebih kami pun sampai dekat umah aku (Jebeng, Amir, Rusdi). Aku hantar Jebeng ke rumah dia dengan motor 125ZR kepunyaan ayah aku, Rusdi pula dengan basikal. Si Amir ni resah tak tentu pasal rupanya kunci motor dia hilang. Cari punya cari takde mungkin jatuh masa tidur la tu kot. Nasib baik kunci motor 125ZR boleh muat dengan kriss dia tu. Dia pun pulang dan aku pun sambung tidur aku yang tak cukup.
Sampai situ saja!
Add to Cart
0 comments:
Post a Comment